Thursday, 9 April 2015

Teks Ceramah "Sains Teknologi & Inovasi"

                Assalamualaikum w.b.t. Yang dihormati tuan pengerusi majlis, Yang Berhormat Tuan Haji Osman bin Hussain,  Yang Berusaha Tuan Haji Anwar bin Ahmad, Pengetua Sekolah Menengah Seri Mahkota Kuantan, Pahang, guru-guru penolong kanan, guru-guru,  dan juga para pelajar yang dihormati sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Pada pagi yang indah ini izinkan saya menyampai ceramah yang bertajuk “Sains Teknologi & Inovasi. Seperti yang kita sedia tahu wawasan 2020 meletakkan hala tuju Negara Malaysia pada landasan yang tepat hasil pemikiran pemimpin Negara yang memandang kehadapan yang gemilang. Selain itu, rakyat Malaysia perlu menjadikan inovasi sebagai budaya untuk memenuhi cabaran globalisasi. Inovasi bermakna menjimatkan kos dan mengoptimun pengeluaran atau hasil. Hal ini adalah kerana inovasi menjadi suatu kuasa yang mampu mengubah cara kerja rakyat Malaysia.

                Terdapat pelbagai contoh kepentingan inovasi yang pertama ialah membolehkan sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah dan menjimatkancmasa secara cekap dan produktif. Penggunaan alat seperti komputer untuk memantau dan mengawal mesin, jentera, bahkan beban kerja sumber manusia dapat dikurangkan inovasi perisian seperti hardware dan software mempercepatkan penyeberan dalam ilmu, maklumat dalam talian seperti E-Zakat, E-Hasil dan sebagainya. Disamping itu juga boleh melakukan kerja dimana-mana dan pada bila-bila masa atau diluar waktu kerja.

Hadirin dan hadirat sekalian,

                Contoh kepentingan kedua, kehadiran teknologi multi-media kepada dunia pendidikan menjadikan sistem pendidikan pengajaran lebih mudah. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diluaskan. Kini penerimaan ilmu tidak lagi melalui antara guru dan pelajar. Dengan sistem multi-media memudahkan guru dengan menyediakan kerja melalui computer, kuiz dan sebagainya. Contohnya cara hidup di cyberjaya yang disiarkan di stesen televisyen, iklan di suratkhabar yang menjadikan cara hidup mereka yang lebih maju dengan kehadiran teknologi yang lebih maju.

                Akhir kata kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh menjadikan Negara Malaysia sebagai Negara pencipta dengan penggubalan dasar negara. Walhal usaha yang dijalankan kerajaan telah terbukti berjaya mengubah minda rakyat Malaysia. Kita sudah sedia mengharungi masa depan yang cemerlang melaui inovasi. Wawasan 2020 menjana kemajuan negara Malaysia dengan kemajuan teknologi yang canggih. Kualiti kerja yang lebih baik dalam sesebuah organisasi akan menjamin sesebuah negara kea rah yang lebih maju dan gemilang pada tahun 2020.

No comments:

Post a Comment