Orang kaya memacu kuda,
Kuda dipacu laju sekali,
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sesekali.
Pokok kaktus tajam berduri,
Jangan disentuh jangan dipegang,
Orang tamak selalu rugi,
Macam anjing dengan bayang.
Bunga teratai indah sekali,
Dipetik orang bernama Ana,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.
Hari rabu memetik kelapa,
Airnya segar hilang dahaga,
Hormati ibu juga bapa,
Agar kelak masuk syurga.
Memancing ikan diberi umpan,
Agar datang si ikan toman,
Ilmu ibarat kemudi sampan,
Agar hidup digaris tujuan.
No comments:
Post a Comment