Thursday, 9 April 2015

Alam Sekitar

             

                   Pada era globalisasi kini, masalah pencemaran alam sekitar semakin hangat dibicarakan dari masa ke semasa. Hal ini kerama, masalah penjagaan alam sekitar semakin dilupakan oleh masyarakat. Sikap manusia zaman moden yang asyik mengejar duniawi sehingga mengabaikan isu pencemaran alam sekitar, merupakan faktor yang menyebabkan keadaan ini semakin merosot. Sekiranya keadaan ini dibiarkan, manusialah yang akan menerima padahnya pada suatu hari nanti. Antara masalah pencemaran alam sekitar yang sering dibincangkan ialah, pencemaran udara, pencemaran bau, pencemaran pendengaran, dan pencemaran air. Masalah ini timbul dek kerana sikap masyarakat yang tidak mementingkan kurniaan dari Allah kepada umat-Nya. Persoalannya apakah cara untuk kita menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar.

              Usaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini seharusnya dimulakan daripada kumpulan keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka sebagai orang terdekat kepada anak-anak sepatutnya mendidik mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Hal ini sama seperti dengan peribahasa Melayu seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa juga haruslah sentiasa menerangkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran alam sekitar yang terkini untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Ibu bapa juga harus menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Contohnya, mereka tidak sepatutnya membuang sampah di merata-rata tempat dan melakukan pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara. Dalam hal ini, sikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul tidak harus diamalkan oleh ibu bapa, iaitu mengajar anak menjaga kebersihan alam sedangkan mereka sendiri tidak berbuat demikian. Sebaliknya, jika ibu bapa sendiri menjadi teladan, maka anak-anak juga akan terpengaruh dan terikut-ikut sikap ibu bapa. Dengan ini, nescaya pencemaran alam sekitar akan dapat diatasi.

           Selain itu, pihak sekolah juga berperanan besar dalam usaha mengatasi pencemaran alam sekitar. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ialah seperti mengadakan kem kesedaran untuk memupuk semangat cinta alam sekitar dalam akalangan para pelajar. Seterusnya, dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan pendidikan alam sekitar dapat diberi kepada para pelajar. Contohnya, guru-guru boleh memberi tugas tertentu kepada pelajar seperti meminta mereka mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan isu pencemaran alam sekitar dan menyuruh mereka membaca artikel tersebut didalam kelas. Secara tidak langsung, mereka dapat menyedari tentang kesan buruk yang daripada pencemaran alam sekitar. Dengan wujudnya kesedaran ini, barulah mereka akan mencurahkan usaha untuk menjaga alam sekitar ini. Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh dilakukan melalui penubuhan Kelab Alam Sekitar. Sebagai contoh, Kelab Alam Sekitar boleh mengadakan pelbagai program seperti ceramah dan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dengan tujuan mendedahkan pelajar dengan aktiviti alam sekitar secara intensif. Dengan ini, boleh dikatakan bahawa usaha pihak sekolah juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

           Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar di negara kita haruslah ditangani dengan segera dan usaha-usaha ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Semua pihak haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab kerana alam sekitar tidak sepatutnya dilupakan dalam arus arus pembangunan sesebuah negara. Seandainya masalah ini dibiarkan, kesannya akan memudaratkan manusia itu sendiri walaupun hidup dalam kemewahan. Adakah pemodenan negara lebih penting daripada keindahan alam sekitar? Adakah kita menginginkan kemewahan hidup semata-mata tanpa mengharapkan kesihatan? Dengan itu, penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada pencemaran memerlukab kerjasama, kesedaran dan keperihatinan daripada setiap lapisan masyarakat agar, generasi akan datang dapat menikmati keindahan dan kelastrian alam sekitar yang dianugerahkan kepada manusia.

No comments:

Post a Comment