Thursday, 9 April 2015

Teks Ceramah "Sains Teknologi & Inovasi"

                Assalamualaikum w.b.t. Yang dihormati tuan pengerusi majlis, Yang Berhormat Tuan Haji Osman bin Hussain,  Yang Berusaha Tuan Haji Anwar bin Ahmad, Pengetua Sekolah Menengah Seri Mahkota Kuantan, Pahang, guru-guru penolong kanan, guru-guru,  dan juga para pelajar yang dihormati sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Pada pagi yang indah ini izinkan saya menyampai ceramah yang bertajuk “Sains Teknologi & Inovasi. Seperti yang kita sedia tahu wawasan 2020 meletakkan hala tuju Negara Malaysia pada landasan yang tepat hasil pemikiran pemimpin Negara yang memandang kehadapan yang gemilang. Selain itu, rakyat Malaysia perlu menjadikan inovasi sebagai budaya untuk memenuhi cabaran globalisasi. Inovasi bermakna menjimatkan kos dan mengoptimun pengeluaran atau hasil. Hal ini adalah kerana inovasi menjadi suatu kuasa yang mampu mengubah cara kerja rakyat Malaysia.

                Terdapat pelbagai contoh kepentingan inovasi yang pertama ialah membolehkan sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah dan menjimatkancmasa secara cekap dan produktif. Penggunaan alat seperti komputer untuk memantau dan mengawal mesin, jentera, bahkan beban kerja sumber manusia dapat dikurangkan inovasi perisian seperti hardware dan software mempercepatkan penyeberan dalam ilmu, maklumat dalam talian seperti E-Zakat, E-Hasil dan sebagainya. Disamping itu juga boleh melakukan kerja dimana-mana dan pada bila-bila masa atau diluar waktu kerja.

Hadirin dan hadirat sekalian,

                Contoh kepentingan kedua, kehadiran teknologi multi-media kepada dunia pendidikan menjadikan sistem pendidikan pengajaran lebih mudah. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diluaskan. Kini penerimaan ilmu tidak lagi melalui antara guru dan pelajar. Dengan sistem multi-media memudahkan guru dengan menyediakan kerja melalui computer, kuiz dan sebagainya. Contohnya cara hidup di cyberjaya yang disiarkan di stesen televisyen, iklan di suratkhabar yang menjadikan cara hidup mereka yang lebih maju dengan kehadiran teknologi yang lebih maju.

                Akhir kata kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh menjadikan Negara Malaysia sebagai Negara pencipta dengan penggubalan dasar negara. Walhal usaha yang dijalankan kerajaan telah terbukti berjaya mengubah minda rakyat Malaysia. Kita sudah sedia mengharungi masa depan yang cemerlang melaui inovasi. Wawasan 2020 menjana kemajuan negara Malaysia dengan kemajuan teknologi yang canggih. Kualiti kerja yang lebih baik dalam sesebuah organisasi akan menjamin sesebuah negara kea rah yang lebih maju dan gemilang pada tahun 2020.

Pantun Nasihat

Orang kaya memacu kuda,
Kuda dipacu laju sekali,
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sesekali.

Pokok kaktus tajam berduri,
Jangan disentuh jangan dipegang,
Orang tamak selalu rugi,
Macam anjing dengan bayang.

Bunga teratai indah sekali,
Dipetik orang bernama Ana,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.

Hari rabu memetik kelapa,
Airnya segar hilang dahaga,
Hormati ibu juga bapa,
Agar kelak masuk syurga.

Memancing ikan diberi umpan,
Agar datang si ikan toman,
Ilmu ibarat kemudi sampan,
Agar hidup digaris tujuan.

Alam Sekitar

             

                   Pada era globalisasi kini, masalah pencemaran alam sekitar semakin hangat dibicarakan dari masa ke semasa. Hal ini kerama, masalah penjagaan alam sekitar semakin dilupakan oleh masyarakat. Sikap manusia zaman moden yang asyik mengejar duniawi sehingga mengabaikan isu pencemaran alam sekitar, merupakan faktor yang menyebabkan keadaan ini semakin merosot. Sekiranya keadaan ini dibiarkan, manusialah yang akan menerima padahnya pada suatu hari nanti. Antara masalah pencemaran alam sekitar yang sering dibincangkan ialah, pencemaran udara, pencemaran bau, pencemaran pendengaran, dan pencemaran air. Masalah ini timbul dek kerana sikap masyarakat yang tidak mementingkan kurniaan dari Allah kepada umat-Nya. Persoalannya apakah cara untuk kita menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar.

              Usaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini seharusnya dimulakan daripada kumpulan keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka sebagai orang terdekat kepada anak-anak sepatutnya mendidik mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Hal ini sama seperti dengan peribahasa Melayu seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa juga haruslah sentiasa menerangkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran alam sekitar yang terkini untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Ibu bapa juga harus menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Contohnya, mereka tidak sepatutnya membuang sampah di merata-rata tempat dan melakukan pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara. Dalam hal ini, sikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul tidak harus diamalkan oleh ibu bapa, iaitu mengajar anak menjaga kebersihan alam sedangkan mereka sendiri tidak berbuat demikian. Sebaliknya, jika ibu bapa sendiri menjadi teladan, maka anak-anak juga akan terpengaruh dan terikut-ikut sikap ibu bapa. Dengan ini, nescaya pencemaran alam sekitar akan dapat diatasi.

           Selain itu, pihak sekolah juga berperanan besar dalam usaha mengatasi pencemaran alam sekitar. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ialah seperti mengadakan kem kesedaran untuk memupuk semangat cinta alam sekitar dalam akalangan para pelajar. Seterusnya, dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan pendidikan alam sekitar dapat diberi kepada para pelajar. Contohnya, guru-guru boleh memberi tugas tertentu kepada pelajar seperti meminta mereka mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan isu pencemaran alam sekitar dan menyuruh mereka membaca artikel tersebut didalam kelas. Secara tidak langsung, mereka dapat menyedari tentang kesan buruk yang daripada pencemaran alam sekitar. Dengan wujudnya kesedaran ini, barulah mereka akan mencurahkan usaha untuk menjaga alam sekitar ini. Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh dilakukan melalui penubuhan Kelab Alam Sekitar. Sebagai contoh, Kelab Alam Sekitar boleh mengadakan pelbagai program seperti ceramah dan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dengan tujuan mendedahkan pelajar dengan aktiviti alam sekitar secara intensif. Dengan ini, boleh dikatakan bahawa usaha pihak sekolah juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

           Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar di negara kita haruslah ditangani dengan segera dan usaha-usaha ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Semua pihak haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab kerana alam sekitar tidak sepatutnya dilupakan dalam arus arus pembangunan sesebuah negara. Seandainya masalah ini dibiarkan, kesannya akan memudaratkan manusia itu sendiri walaupun hidup dalam kemewahan. Adakah pemodenan negara lebih penting daripada keindahan alam sekitar? Adakah kita menginginkan kemewahan hidup semata-mata tanpa mengharapkan kesihatan? Dengan itu, penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada pencemaran memerlukab kerjasama, kesedaran dan keperihatinan daripada setiap lapisan masyarakat agar, generasi akan datang dapat menikmati keindahan dan kelastrian alam sekitar yang dianugerahkan kepada manusia.

Tuesday, 7 April 2015

Kepelbagaian Kaum

   

       Di Malaysia terdapat kepelbagaian kaum antaranya Melayu. Cina, India dan lain-lain. Oleh kerana itu Malaysia juga mempunyai rakyat berbilang kaum, disamping itu tidak lupa juga suku kaum seperti iban, kadazan, dusun, dayak, dan sebagainya yang telah diramalkan zaman dahulu kala. Setiap kaum mempunyai adat dan budaya berlainan yang diamalkan sejak dahulu sehingga sekarang. Contohnya dari aspek kepercayaan, muzik keagamaan, budaya undang-undang. Keunikan budayan yang mereka warisi menyebabkan setiap kaum bersepadu dan tidak berpecah belah tradisi dan kebudayaan dalam semua lapisan masyarakat perlulah diramalkan dan ditanamkan dalam diri supaya kita tidak lupa asal usul kehidupan perkauman.

          Antara langkah-langkah atau usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk mengekalkan aspek budaya adalah dengan mengingati kebudayaan hari-hari penting pada tarikh penting untuk diingati selalu. Salah satu cara yang paling mudah untuk menghargai budaya kita seharusnya menghormati generasi tu ataupun muda kerana budi bahasa budaya kita. Malaysia terkenal dengan budi bahasa terutama orang melayu yang diwarisi sejak turun temurun. Bagi mengekalkan budaya stiap kaum, kaum lain juga boleh turut serta namun begitu boleh mengeratkan lagi hubungan serta dapat mengetahui adat budaya setiap kaum.

         Di Malaysia terdapat kaum india yang mempunyai perayaan, budaya, adat dan lain-lain yang diwarisi zaman berzaman. Masyarakat india meraikan perayaaan deepavali dengan amalan menabur beras yang dipercayai untuk menghalau roh dan semestinya menjadi keunikan bagi kaum india yang dinamakan kolam ditabur beras warna warni serta bentuk. Selain itu, mereka juga mengamalkan hari Thaipusam pada tarikh yang ditetapkan itu merupakan adat yang perlu diamalkan. Sehubungan dengan itu, masyarakat india terkenal dengan makanan maruku, tosei, roti canai dan lain-lain. Makanan kaum india juga telah menarik perhatian orang melayu. Malah, kerana kesedapan makanan tersebut orang melayu belajar dan menjadi makanan bagi kaum melayu. India juga terkenal dengan sari kurti yang menjadi pakaian bagi kaum mereka. Pada hari perayaan mereka mereka memakai pakaian tersebut yang menjadi tradisi kaum india.

         Selain itu, terdapat kaum cina yang terdapat di Malaysia yang mempunyai budaya adat dan yang lain-lain. Cina terkenal dengan tarian singa yang diiringi dengan gong, drum dan dentuman mercun yang dikatakan membawa tuah. Amalan-amalan seperti menghalau mogwai dan jian shi dengan pedang kayu pic dalam tauisme adalah antara konsep yang diramalkan secara temurun. Seterusnya, cina juga mengamalkan upacara penilikan nasib cina masih diamalkan sehingga kini. Pada tahun baru mereka mengamalkan makan besar disertakan dengan kuih tradisi yang diberi nama kuih bulan. Juga dikenali dengan cheong sam yang menjadi budaya kepada mereka, manakala pakaian lelaki lebih dikenali dengan sam fu.

           Antara kaum paling dikenali di Malaysia adalah kaum melayu dimana kaum melayu yang memang menetap di Malaysia. Kaum Melayu sangat terkenal dengan budi pekerti yang memang menjadi keunggulan perpaduan kaum melayu. Seterusnya melayu terkenal dengan perayaan hari raya aidilfitri dan hari raya yang diamalkan setiap tahun bagi merayai hari kemenangan islam setelah sebulan berpuasa. Pada hari raya aidilfitri terdapat pelbagai juadah yang disediakan. Lemang rendang sangat sangat terkenal pada hari raya kaum melayu memakai baju kurung bagi perempuan dan baju melayu bagi lelaki.

          Kesimpulannya, Malaysia memang terkenal dengan pelbagai kaum budaya adat resam dan sebagainya. Oleh itu, masyarakat perlulah bersikap positif bagi mengeratkan lagi hubungan sesama kaum. Masyarakat bersepadu dapat melahirkan sebuah negara yang aman. Hal ini, untuk mengekalkan keamanan negara masyarakat perlulah bekerjasama dan meraikan kebudayaan setiap kaum. Selain itu, perlulah menghormati budaya dan adat setiap kaum untuk terus mengekalkan keharmonian negara seperti slogan kata masyarakat bahagia negara aman damai dan terus maju.




Monday, 6 April 2015

Buletin : Cara Mengatasi Masalah Keguguran Rambut



Masalah keguguran rambut mungkin juga disebabkan oleh faktor usia, penggunaan bahan kimia yang berlebihan , hormon tidak stabil dan sebagainya. Salah satu petua untuk merawat rambut gugur adalah dengan menggunakan perahan air limau nipis.Perah limau nipis diatas kepala dan ratakan. Petua kedua ambil lendir pokok lidah buaya dan campurkan dengan minyak zaitun.



Langkah seterusnya , ratakan di kepala dan bungkus kepala dengan tuala selama 30 minit. Cucikan rambut selepas 30 minit petua itu dilakukan.Petua yang ketiga, belah limau nipis kepada dua dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Bungkuskan kepala dalam 20-30 minit. Petua ini haruslah diamalkan selalu untuk mengelakkan keguguran rambut yang mungkin disebabkan perubahan hormon, faktor genetik keturunan, dan sebagainya. Hal ini, ditegaskan juga jangan selalu bertukar-tukar produk yang boleh menyebabkan mengalami masalah keguguran rambut.