Assalamualaikum
w.b.t. Yang dihormati tuan pengerusi majlis, Yang Berhormat Tuan Haji
Osman bin Hussain, Yang Berusaha Tuan Haji Anwar bin Ahmad, Pengetua
Sekolah Menengah Seri Mahkota Kuantan, Pahang, guru-guru penolong kanan,
guru-guru, dan juga para pelajar yang
dihormati sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi.
Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Pada pagi yang indah ini izinkan saya menyampai ceramah yang
bertajuk “Sains Teknologi & Inovasi. Seperti yang kita sedia tahu wawasan
2020 meletakkan hala tuju Negara Malaysia pada landasan yang tepat hasil
pemikiran pemimpin Negara yang memandang kehadapan yang gemilang. Selain itu,
rakyat Malaysia perlu menjadikan inovasi sebagai budaya untuk memenuhi cabaran
globalisasi. Inovasi bermakna menjimatkan kos dan mengoptimun pengeluaran atau
hasil. Hal ini adalah kerana inovasi menjadi suatu kuasa yang mampu mengubah
cara kerja rakyat Malaysia.
Terdapat
pelbagai contoh kepentingan inovasi yang pertama ialah membolehkan sesuatu
pekerjaan menjadi lebih mudah dan menjimatkancmasa secara cekap dan produktif.
Penggunaan alat seperti komputer untuk memantau dan mengawal mesin, jentera,
bahkan beban kerja sumber manusia dapat dikurangkan inovasi perisian seperti
hardware dan software mempercepatkan penyeberan dalam ilmu, maklumat dalam
talian seperti E-Zakat, E-Hasil dan sebagainya. Disamping itu juga boleh
melakukan kerja dimana-mana dan pada bila-bila masa atau diluar waktu kerja.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Contoh kepentingan
kedua, kehadiran teknologi multi-media kepada dunia pendidikan menjadikan
sistem pendidikan pengajaran lebih mudah. Keupayaan menghantar, menerima dan
memproses maklumat telah dapat diluaskan. Kini penerimaan ilmu tidak lagi
melalui antara guru dan pelajar. Dengan sistem multi-media memudahkan guru
dengan menyediakan kerja melalui computer, kuiz dan sebagainya. Contohnya cara
hidup di cyberjaya yang disiarkan di stesen televisyen, iklan di suratkhabar
yang menjadikan cara hidup mereka yang lebih maju dengan kehadiran teknologi
yang lebih maju.
Akhir
kata kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh menjadikan Negara Malaysia sebagai
Negara pencipta dengan penggubalan dasar negara. Walhal usaha yang dijalankan
kerajaan telah terbukti berjaya mengubah minda rakyat Malaysia. Kita sudah
sedia mengharungi masa depan yang cemerlang melaui inovasi. Wawasan 2020
menjana kemajuan negara Malaysia dengan kemajuan teknologi yang canggih.
Kualiti kerja yang lebih baik dalam sesebuah organisasi akan menjamin sesebuah
negara kea rah yang lebih maju dan gemilang pada tahun 2020.